|
SIAPA KAMI
BLACKWIND
ADVENTURE TEAM
atau
ringkasnya (B.A.T) telah mula didaftarkan
sebagai sebuah syarikat pada tahun 2009 setelah menimba pelbagai
pengalaman dalam bidang
‘Outdoor and Adventure’.
BLACKWIND
ADVENTURE TEAM (B.A.T)
juga berdaftar dengan
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MINISTRY OF FINANCE) dan telah terlibat
menganjurkan siri-siri latihan untuk kakitangan kerajaan.
B.A.T adalah
sebuah syarikat 100 peratus milik BUMIPUTERA dan sedang giat
mengorak
langkah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti samada berbentuk
kursus atau ‘Training’
seperti ‘Team Building’, atau pun ‘Training’
yang bersifat ‘Outdoor
Adventure’, ‘Survival & Safety’ dan
‘Overland Tour Package’ di samping
menganjur persembahan, pameran dan sebagainya untuk agensi
kerajaan, peringkat koperat, kelab,
universiti dan sekolah.
B.A.T telah
berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat
antarabangsa dengan
menganjurkan beberapa siri Ekspedisi 4x4 Overland bermula pada tahun
2009
sehingga pada tahun 2011 menerusi Program Ekspedisi JEJAK WARISAN JAWI
(JWJ). Program JWJ yang menggunakan kenderaan pancuan 4 roda ini
telah menjelajah ke 7 buah negara bermula dari Malaysia, Thailand,
Kemboja,
Vietnam, Laos, China dan Myanmar yang membawa misi mempromosi
persembahan kebudayaan Melayu
Malaysia di samping menjejaki susur galur sejarah ketamadunan Melayu.
Ekspedisi JWJ
juga membawa misi bantuan kemanusiaan ke tempat-tempat yang di lawati
dan
kejayaan ekspedisi ini telah di rakamkan dan mendapat liputan meluas
menerusi
liputan berita RTM dan pelbagai media cetak.
Kejayaan
Ejspedisi JWJ ini telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan
melalui KEMENTERIAN
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN,
MALAYSIA.
Hari ini, B.A.T ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dengan
pelbagai pihak menerusi program-program, kursus-kursus dan modul yang
telah disusun dalam membantu membina masyarakat Malaysia yang berjiwa
berani maju kehadapan untuk mencapai KEJAYAAN tanpa sebarang alasan.
“Maju Kehadapan Tanpa Alasan”
|
|