KURSUS PEMANDUAN 4X4

BEGINNER
INTERMEDIATE
ADVANCED

PENGENALAN

4WD, 4×4 atau pacuan 4 roda adalah antara panggilan yang selalu disebut untuk jenis kenderaan yang mempunyai kebolehan menggerakan keempat-empat tayar. Kenderaan jenis ini kian mendapat sambutan di kalangan rakyat negara ini. Antara faktor yang menjadikannya semakin diminati adalah kepelbagaian kegunaannya dan kelebihannya untuk mengharungi laluan lasak. Kenderaan 4×4 dibina untuk tujuan yang lebih khusus dan ianya berbeza dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Kelebihannya yang tahan lasak, mengangkut muatan yang lebih banyak dan kemampuannya mengharungi perjalanan yang jauh dan sukar menjadikan ianya kenderaan utama oleh anggota pasukan keselamatan, agensi-agensi kerajaan, kontraktor-kontraktor binaan, para penyelidik, para peniaga bahkan individu perseorangan. 

Walau bagaimanapun pengetahuan terhadap kenderaan 4×4 ini jarang di ambil perhatian bagi memaksimakan penggunaannya. Ia termasuklah bagaimana sistem 4×4 ini berfungsi, kaedah dan teknik pemanduan yang betul serta ilmu penjagaan kenderaan. Bagi yang terlibat dengan penggunaan kenderaan 4×4 secara serius khususnya di lapangan “off-road” , teknik-teknik pemanduan betul dan selamat perlu dipelajari bagi mengurangkan risiko kemalangan yang memungkinkan juga kehilangan nyawa disamping mengurangkan risiko kerosakan yang teruk. Disamping itu kaedah-kaedah pemulihan kenderaan yang betul dan selamat perlu diambil kira dan dipelajari sekiranya berlaku sesuatu yang diluar jangkaan di dalam urusan seharian penggunanya.Sekiranya tiada pendedahan dan latihan yang betul boleh mengakibatkan penggunaan yang salah dan seterusnya menyebabkan kerosakan yang serius bahkan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. 

Organisasi atau majikan akan terpaksa menanggung beban kos operasi yang tinggi akibat kerosakan hasil dari kurangnya pengetahuan pekerja mereka tentang penggunaan kenderaan 4×4 secara betul.Dengan ilmu dan kaedah pemanduan yang betul akan menjadikan pemandu kenderaan 4×4 lebih yakin, mahir dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja seharian mereka bahkan mampu mengurangkan risiko kemalangan sewaktu bekerja.

Kursus ini adalah bertujuan untuk membantu peserta mempelajari sistem pacuan empat roda dan mengenalpasti komponen asas kenderaan pacuan empat roda serta fungsi-fungsinya. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik-teknik pemanduan yang selamat secara teori dan praktikal dalam menggendalikan kenderaan pacuan empat roda secara off-road atau on-road. Disamping itu peserta juga akan mempelajari teknik-teknik pemulihan kenderaan dalam suasana off-road, penyediaan dan pemeriksaan kenderaan pacuan empat roda sebelum dan selepas off-road. Apa yang lebih utama ialah peserta mempelajari kaedah pemanduan yang selamat dan berhemah mengikut kaedah pemanduan pacuan empat roda.

OBJEKTIF DAN MANFAAT KURSUS

  • Menjadikan seorang pemandu yang berilmu, bertanggungjawab dan sabar;
  • Mengamalkan kaedah pemanduan yang selamat dan berhemah;
  • Mengenal sistem dan komponen kenderaan pacuan empat roda dan kegunaannya;
  • Memahami kelebihan kenderaan pacuan empat roda dan mengaplikasikannya dalam tugasan seharian
  • Mempelajari kaedah dan teknik penjagaan kenderaan pacuan empat roda;
  • Mempelajari kaedah pemanduan kenderaan pacuan empat roda dalam suasana off-road dan on-road
  • Mempelajari kaedah dan teknik menyelamatkan kenderaan dalam suasana off-road;
  • Menggunakan peralatan pemulihan kenderaan dengan cara yang selamat dan betul;
  • Mengetahui dan mengguna pakai sistem gear dalam kenderaan pacuan empat roda di pelbagai rupa bentuk muka bumi
  • Mempelajari dan mempraktikkan cara yang optimum dalam pemanduan;
  • Mempelajari kaedah berkomunikasi dalam pemanduan pacuan empat roda;
  • Membina keyakinan diri peserta dalam pemanduan terutamanya dalam menghadapi situasi-situasi yang kritikal ketika pemanduan;
  • Memperolehi kaedah dalam membuat keputusan yang betul, tepat dan selamat yang didasarkan kepada ilmu dan bukan didasarkan kepada emosi;
  • Membentuk diri peserta agar sentiasa cekal, bersemangat juang yang tinggi dan tidak mudah putus asa
  • Membina dan memupuk semangat setiakawan, saling percaya dan jujur dalam pasukan;

METODOLOGI PENGAJARAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di dalam kursus ini meliputi ceramah, perbincangan, teori dan latihan amali serta perbincangan berkumpulan.

Like this please share :
4X4 SYSTEM UNDERSTANDING
4x4 PRACTICAL DRIVING
PRACTICAL DRIVING
_MG_2325
UNDERSTANDING RECOVERY
4x4 WINCHING
SAFETY, TIPS & TECHNIQUES

VIDEO-VIDEO KURSUS

Play Video