



PERSIAPAN OFF-ROAD
Persiapan Sebelum Off-road
Setiap pemilik kenderaan 4×4 tentunya akan menguji sendiri kemampuan kenderaan 4×4 mereka. Memandu di laluan off-road sudah tentunya berbeza dengan pemanduan di jalan raya. Merasai sendiri memasuki ke dalam hutan belantara dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dapat membangkitkan anderalin dan tahap kesabaran anda.
Jauh dari kesibukan kota dengan kehidupan yang serba hiruk pikuk, membawa kita ke alam yang cukup berbeza. Ditemani unggas, rimba, flora dan fauna serta alam yang serba kehijauan memberi kita ketenangan jiwa.
Namun sebelum aktiviti off-road di lakukan, beberapa perkara perlu diambil kira dan persiapan perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah :
- Mendapatkan permit dari pihak berkuasa.
- Persiapan kesihatan diri dari segi mental dan fizikal
- Bekalan makanan,air bersih, ubat-ubatan dan keperluan diri yang lain yang difikirkan perlu.
- Mempersiapkan kenderaan dengan melakukan penyelenggaraan. Menyediakan alat tukar ganti, minyak gantian untuk enjin, brek, power stereng, dan gear. Tayar jenis apa yang sepatutnya digunakan juga penting.
- Persiapan alatan perkhemahan untuk individu ataupun kumpulan
- Peralatan recovery seperti strap, shackle, snatch block, chainsaw, rantai, ground anchor, air compressor dan apa saja peralatan yang sesuai.
- Merangka perjalanan menuju ke destinasi termasuklah mendapatkan sebanyak mungkin info tempat yang nak dituju. Melalui maklumat rakan-rakan yang pernah pergi kita dapat menjangkakan cabaran yang bakal kita hadapi dan membuat persiapan awal bagi melepasi setiap rintangan. Ramalan cuaca, trek laluan, masa untuk sampai ke final check point serba sedikit dapat memberi gambaran untuk kita membuat persiapan apa yang patut.
- Alatan komunikasi seperti radio dua hala dan kalau boleh telefon satelit
- Alat pemandu arah seperti GPS Tracker
- Tinggalkan pesan dan jangan masuk sendirian
Expect the Unexpected! Ambil langkah awal dalam memastikan keselamatan anda.
Menjadi kebiasaan sekiranya berlaku kerosakan kecil kepada kenderaan anda walaupun kita telah melakukan peyelenggaraan awal. Apa yang perlu dielakkan adalah kerosakan yang major/serius.
Namun begitu, untuk sampai ke destinasi yang dituju itulah cabarannya yang tidak terungkap tetapi memerlukan kecekalan, kesabaran serta kekuatan mental dan fizikal dalam mengharungi segala rintangan yang ditempuhi.
Segala kepenatan dan keletihan terubat dengan kepuasan apabila sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.Deruan air sungai yang mengasyikan, udara yang segar dan sahutan unggas rimba dan suasana hutan yang serba nyaman seolah-olah menjadi ubat kepada semua yang baharu sahaja dilalui.
Nikmat dan syukur apabila diberi peluang menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
Like this post please share :
ARTICLES
- 4×4 Real Challenge Team Building January 4, 2020
- Team Building Program January 4, 2020
- Petrol Vs Diesel-Pilihan Anda December 31, 2019
- Manual Vs Auto – Pilihan Anda December 29, 2019
- Persiapan Offroad – Apa nak buat December 28, 2019