ads-4x4-tb-program
ads-4x4training
ads-basic-vehicle-maintenance
ads2-tb-program-1200x500
previous arrow
next arrow

TERSEKAT KETIKA PENDAKIAN-BAGAIMANA

Tersekat Ketika Di Tengah Pendakian

Pada ketika pemanduan mendaki bukit curam kadang kala berlaku apabila kita menggunakan gear yang kurang sesuai maka menyebabkan kenderaan 4×4 kita gagal sampai ke puncak bukit atau tersekat ketika melakukan pendakian.

Keadaan ini berlaku khususnya kepada kenderaan bertransmisi manual. 

Apakah tindakan kita sekiranya keadaan ini berlaku. Kita perlu ingat bahawa keselamatan adalah paling utama.

Bagi kenderaan bertransmisi Auto tidak berlaku kenderaan mati ketika pendakian. Sekiranya kenderaan bertransmisi Auto tidak lagi mampu mendaki, kenderaan tersebut akan berhenti dan enjin tidak akan mati.

Untuk kenderaan bertransmisi Manual, anda boleh lakukan tindakan berikut :

  • Biarkan kenderaan mati dalam keadaan ada gear (Jangan freekan gear) dan jangan tekan pedal clutch
  • Tarik hand brake, tetapi sekiranya bukit terlalu curam berkemungkinan hand brake kenderaan menjadi terlalu tinggi tetapi setidak-tidaknya dapat membantu
  • Jangan pam pedal brek kerana enjin mati, brek kenderaan mungkin hilang kuasa.
  • Masukkan gear undur seberapa segera tanpa menekan klac (Boleh dilakukan sekiranya gear tidak tersangkut, boleh menekan klac sekiranya berlaku keadaan gear tersangkut). Sekiranya sukar, masukan gear 2 atau 3 dahulu dan kemudian tukar ke gear undur.
  • Jauhkan kaki dari klac.
  • Lepaskan break tangan
  • Lepaskan brek kaki, maka kenderaan akan berada dalam kedudukan gear Reverse dan gear Reverse tersebut akan menyebabkan kenderaan 4×4 tidak mengundur
Like this post please share :
4x4-uphill-stuck
Tersekat ketika pendakian
  • Putarkan kunci untuk hidupkan enjin (Crank start). Crank Start tidak dapat dilakukan sekiranya bateri kenderaan 4×4 kita lemah ataupun kenderaan kita menggunakan Push Start Button
  • Dengan menggunakan engine braking kenderaan akan bergerak perlahan undur ke belakang.
  • Jauhkan kaki dari pedal klac dan minyak ketika kenderaan bergerak

Walau bagaimanapun teknik ini akan membuat mereka yang tidak biasa sering kali menekan brek ketika mengundur. Sekiranya anda kurang yakin, boleh menekan pedal brek tetapi dengan menggunakan kaedah Tapping.

Apa yang penting, tipnya, walau apa pun transmisi kenderaan anda Auto atau Manual, apa yang penting ialah turun kenderaan anda semula ke kaki bukit dengan menggunakan teknik engine braking gear reverse kemudian lakukan pendakian semula menggunakan gear dan momentum yang sesuai.

BE CONFIDENCE