ads-4x4-tb-program
ads-4x4training
ads-basic-vehicle-maintenance
ads2-tb-program-1200x500
previous arrow
next arrow

LALUAN LICIN BERLUMPUR

Laluan Licin Berlumpur

Dalam mengharungi cabaran offroad menggunakan 4×4, ada ketikanya kita akan menempuhi pelbagai halangan diantaranya jalan yang akan kita lalui itu berlumpur, atau dalam bahasa kaki-kaki offroad “geli-geli” atau”Mud hole”

Pada yang dah biasa dengan situasi begini inilah satu keseronokan apabila melayan kenderaan 4 wheel mereka. Walau bagaimanapun mereka akan sentiasa berwaspada kerana kadang kala laluan yang berair dan licin ini akan menyebabkan kenderaan mereka berpusing dan lebih merbahaya mungkin melanggar pokok, batu, tebing tinggi dan akan menyebabkan kenderaan 4×4 terbalik.

Di sini ada bebarapa tip yang ingin kami kongsikan bersama :

  • Berhenti dahulu dan pastikan laluan yang terbaik
  • Pastikan kedalaman lumpur.
  • Gunakan (4L) di kedudukan gear ke 2  atau 3.
  • Gunakan wiper semasa memandu.
  • Memandu dengan kelajuan sederhana dan hindari membrek secara tiba-tiba.
  • Memandu dengan tekan minyak secara tapping untuk mendapat lebih cengkaman.
  • Pratikkan teknik ayunan stereng ke kiri dan kanan dengan pusingan 90 darjah dari tengah.
  • Sekiranya sudah ada bekas laluan tayar atau rut. Ikut laluan tersebut lebih memudahkan kecuali ia terlalu dalam.
Like this post please share :

Sekiranya tersangkut…

  • Langkah 1: Periksa keadaan tayar. Sekiranya bersalut lumpur terlalu tebal, bersihkan dahulu.
  • Langkah 2: Undur kenderaan dari rut dan cuba sekali lagi dengan lebih momentum.
  • Langkah 3: Kurangkan lagi tekanan angin tayar
  • Langkah 4: Gunakan Hi-lift jack untuk mengubah sedikit posisi kenderaan.
  • Langkah 5: Gunakan rantai pada tayar jika perlu (Sekarang guna tayar Lipan/Centerpede)
  • Langkah 6: Winch

Walau bagaimanapun, tip ini hanyalah sebagai panduan dan mungkin ada tambahan pada keadaan sebenar bergantung kepada situasi dan rupa permukaan laluan.

Apa pun pengalaman mengajar kita menghadapi segala kemungkinan dengan tenang.