KURSUS PEMANDUAN 4X4
PENGENALAN
4WD, 4×4 atau pacuan 4 roda adalah antara panggilan yang selalu disebut untuk jenis kenderaan yang mempunyai kebolehan menggerakan keempat-empat tayar. Kenderaan jenis ini kian mendapat sambutan di kalangan rakyat negara ini. Antara faktor yang menjadikannya semakin diminati adalah kepelbagaian kegunaannya dan kelebihannya untuk mengharungi laluan lasak. Kenderaan 4×4 dibina untuk tujuan yang lebih khusus dan ianya berbeza dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Kelebihannya yang tahan lasak, mengangkut muatan yang lebih banyak dan kemampuannya mengharungi perjalanan yang jauh dan sukar menjadikan ianya kenderaan utama oleh anggota pasukan keselamatan, agensi-agensi kerajaan, kontraktor-kontraktor binaan, para penyelidik, para peniaga bahkan individu perseorangan.
Walau bagaimanapun pengetahuan terhadap kenderaan 4×4 ini jarang di ambil perhatian bagi memaksimakan penggunaannya. Ia termasuklah bagaimana sistem 4×4 ini berfungsi, kaedah dan teknik pemanduan yang betul serta ilmu penjagaan kenderaan. Bagi yang terlibat dengan penggunaan kenderaan 4×4 secara serius khususnya di lapangan “off-road” , teknik-teknik pemanduan betul dan selamat perlu dipelajari bagi mengurangkan risiko kemalangan yang memungkinkan juga kehilangan nyawa disamping mengurangkan risiko kerosakan yang teruk. Disamping itu kaedah-kaedah pemulihan kenderaan yang betul dan selamat perlu diambil kira dan dipelajari sekiranya berlaku sesuatu yang diluar jangkaan di dalam urusan seharian penggunanya.Sekiranya tiada pendedahan dan latihan yang betul boleh mengakibatkan penggunaan yang salah dan seterusnya menyebabkan kerosakan yang serius bahkan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Organisasi atau majikan akan terpaksa menanggung beban kos operasi yang tinggi akibat kerosakan hasil dari kurangnya pengetahuan pekerja mereka tentang penggunaan kenderaan 4×4 secara betul.Dengan ilmu dan kaedah pemanduan yang betul akan menjadikan pemandu kenderaan 4×4 lebih yakin, mahir dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja seharian mereka bahkan mampu mengurangkan risiko kemalangan sewaktu bekerja.
Kursus ini adalah bertujuan untuk membantu peserta mempelajari sistem pacuan empat roda dan mengenalpasti komponen asas kenderaan pacuan empat roda serta fungsi-fungsinya. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik-teknik pemanduan yang selamat secara teori dan praktikal dalam menggendalikan kenderaan pacuan empat roda secara off-road atau on-road. Disamping itu peserta juga akan mempelajari teknik-teknik pemulihan kenderaan dalam suasana off-road, penyediaan dan pemeriksaan kenderaan pacuan empat roda sebelum dan selepas off-road. Apa yang lebih utama ialah peserta mempelajari kaedah pemanduan yang selamat dan berhemah mengikut kaedah pemanduan pacuan empat roda.
OBJEKTIF DAN MANFAAT KURSUS
- Menjadikan seorang pemandu yang berilmu, bertanggungjawab dan sabar;
- Mengamalkan kaedah pemanduan yang selamat dan berhemah;
- Mengenal sistem dan komponen kenderaan pacuan empat roda dan kegunaannya;
- Memahami kelebihan kenderaan pacuan empat roda dan mengaplikasikannya dalam tugasan seharian
- Mempelajari kaedah dan teknik penjagaan kenderaan pacuan empat roda;
- Mempelajari kaedah pemanduan kenderaan pacuan empat roda dalam suasana off-road dan on-road
- Mempelajari kaedah dan teknik menyelamatkan kenderaan dalam suasana off-road;
- Menggunakan peralatan pemulihan kenderaan dengan cara yang selamat dan betul;
- Mengetahui dan mengguna pakai sistem gear dalam kenderaan pacuan empat roda di pelbagai rupa bentuk muka bumi
- Mempelajari dan mempraktikkan cara yang optimum dalam pemanduan;
- Mempelajari kaedah berkomunikasi dalam pemanduan pacuan empat roda;
- Membina keyakinan diri peserta dalam pemanduan terutamanya dalam menghadapi situasi-situasi yang kritikal ketika pemanduan;
- Memperolehi kaedah dalam membuat keputusan yang betul, tepat dan selamat yang didasarkan kepada ilmu dan bukan didasarkan kepada emosi;
- Membentuk diri peserta agar sentiasa cekal, bersemangat juang yang tinggi dan tidak mudah putus asa
- Membina dan memupuk semangat setiakawan, saling percaya dan jujur dalam pasukan;
METODOLOGI PENGAJARAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di dalam kursus ini meliputi ceramah, perbincangan, teori dan latihan amali serta perbincangan berkumpulan.
Like this please share :
PAKEJ KURSUS ASAS 4×4
Kod kursus : KPA1
- Tempoh Kursus ialah 3 hari 2 malam (3D2N)
- Min Pax : 10
- Max Pax : 50
- Lokasi latihan : Trek 4×4 binaan
- Penempatan : Disediakan (Resort)
- Kenderaan 4×4 – Tidak disediakan atau kenderaan sendiri
ITINERARI KURSUS – 3 HARI 2 MALAM (3D2N)
HARI PERTAMA
- Pendaftaran kursus, Taklimat dan Sesi suai kenal
- Pra Test, Sistem 4X4 dan Jenis-jenis kenderaan Pacuan 4 Roda, Komponen penting kenderaan 4×4
- Teknik Pemanduan Betul dan Selamat pacuan 4 roda – Jalan raya dan off-road
- Pengenalan peralatan pemulihan (4×4 Recovery tools), fungsi, kepentingan, teknik penggunaan betul dan selamat
- Jenis-jenis Winching, peralatan sokongan untuk winch dan teknik-teknik winching
HARI KEDUA
- Latihan pemanduan 4×4 off-road dan on-road
- Laluan berlumpur
- Laluan berpasir
- Mengharungi air/Laluan sungai
- Laluan berbatu-batu
- Laluan condong
- Laluan mendaki bukit curam
- Laluan menuruni curam bukit
- Meniti jambatan
- Bahasa Isyarat dalam pemanduan off-road
- Latihan penggunaan alatan pemulihan 4×4 (4×4 Recovery Tools)
- Pemanduan off-road diwaktu malam
HARI KETIGA
- Asas penyelenggaraan kenderaan pacuan 4 roda
- Post-Test
- Penutup dan penyampaian sijil
-KURSUS TAMAT-
PAKEJ KURSUS ASAS 4X4
Kod kursus : KPA2
- Tempoh kursus ialah 2 Hari 1 Malam
- Min Pax : 10
- Max Pax : 50
- Lokasi latihan : Trek 4×4 binaan
- Penempatan : Disediakan (Resort)
- Kenderaan 4×4 – Tidak disediakan atau kenderaan sendiri
ITINERARI KURSUS UNTUK 2 HARI
HARI PERTAMA
- Pendaftaran kursus, Taklimat dan Sesi suai kenal
- Pra Test, Sistem 4X4 dan Jenis-jenis kenderaan Pacuan 4 Roda, Komponen penting kenderaan 4×4
- Teknik Pemanduan Betul dan Selamat pacuan 4 roda – Jalan raya dan off-road
- Pengenalan peralatan pemulihan (4×4 Recovery tools), fungsi, kepentingan, teknik penggunaan betul dan selamat
- Jenis-jenis Winching, peralatan sokongan untuk winch dan teknik-teknik winching
HARI KEDUA
- Latihan pemanduan 4×4 off-road dan on-road
- Laluan berlumpur
- Laluan berpasir
- Mengharungi air/Laluan sungai
- Laluan berbatu-batu
- Laluan condong
- Laluan mendaki bukit curam
- Laluan menuruni curam bukit
- Meniti jambatan
- Bahasa Isyarat dalam pemanduan off-road
- Latihan penggunaan alatan pemulihan 4×4 (4×4 Recovery Tools)
- Post-Test
- Penutup dan penyampaian sijil
-KURSUS TAMAT-
PAKEJ KURSUS 4X4 (INTERMEDIATE)
Kod Kursus : KPI
- 3 hari 2 malam (3D2N)
- Min Pax : 10
- Max Pax : 40
- Lokasi latihan : Trek 4×4 binaan
- Penempatan : Resort
- Kenderaan 4WD : Disediakan (Kenderaan untuk latihan pemanduan dengan kapasiti 3 orang dalam sebuah 4×4)
ITINERARI KURSUS
HARI PERTAMA
- Pendaftaran kursus, Taklimat dan Sesi suai kenal
- Pra Test, Sistem dan Jenis-jenis kenderaan Pacuan 4 Roda
- Teknik Pemanduan Betul dan Selamat pacuan 4 roda – Jalan raya dan off-road
- Pengenalan peralatan pemulihan (4×4 Recovery tools), fungsi, kepentingan, teknik penggunaan betul dan selamat
- Jenis-jenis Winching, peralatan sokongan untuk winch dan teknik-teknik winching
HARI KEDUA
- Latihan pemanduan 4×4 off-road dan on-road
- Laluan berlumpur
- Laluan berpasir
- Mengharungi air/Laluan sungai
- Laluan berbatu-batu
- Laluan condong
- Laluan mendaki bukit curam
- Laluan menuruni curam bukit
- Meniti jambatan
- Bahasa Isyarat dalam pemanduan off-road
- Latihan penggunaan alatan pemulihan 4×4 (4×4 Recovery Tools)
- Pemanduan off-road diwaktu malam
HARI KETIGA
- Asas penyelenggaraan kenderaan pacuan 4 roda
- Post-Test
- Penutup dan penyampaian sijil
-KURSUS TAMAT-
PAKEJ KURSUS 4×4 LANJUTAN
Kod Kursus : KPL
Kursus ini dijalankan di dalam hutan dengan pemanduan di laluan off-road sebenar.
- 3 hari 2 malam (3D2N) atau 4 hari 3 malam (4D3N)
- Min Pax : 10 & Max Pax : 20
- Telah mengikuti kursus asas atau intermediate
- Lokasi latihan : Laluan Off-road di dalam hutan
- Penempatan : Berkhemah
- Kenderaan 4WD : Kenderaan 4×4 yang telah dimodifikasi akan disediakan
ITINERARI KURSUS
Itinerari kursus adalah tertakluk kepada keadaan jalan, cuaca dan pelbagai faktor yang akan dihadapi sendiri oleh peserta kursus dan juga bergantung kepada lokasi pemanduan dan mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
PAKEJ KURSUS 4×4 PERSONAL COACHING
Kod kursus : KPA-P
- Terbuka kepada ahli -ahli kelab 4×4 dan orang perseorangan
- 2 hari
- Min Pax : 4 & Max Pax : 10 (Pendaftaran akan ditutup apabila mencukupi bilangan maksimum iaitu 10 pax)
- Jadual kursus adalah pada setiap awal bulan setiap bulan tetapi tertakluk kepada perubahan
- Lokasi latihan : Sekitar Selangor
- Penempatan : Tidak disediakan
- Makan & Minum : Disediakan
- Kenderaan 4WD untuk latihan : Disediakan
ITINERARI KURSUS
HARI PERTAMA
- Pendaftaran kursus, Taklimat dan Sesi suai kenal
- Sistem 4X4 dan Jenis-jenis kenderaan Pacuan 4 Roda, Komponen penting kenderaan 4×4
- Teknik Pemanduan Betul dan Selamat pacuan 4 roda – Jalan raya dan off-road
- Pengenalan peralatan pemulihan (4×4 Recovery tools), fungsi, kepentingan, teknik penggunaan betul dan selamat
- Jenis-jenis Winching, peralatan sokongan untuk winch dan teknik-teknik winching
HARI KEDUA
- Latihan pemanduan 4×4 off-road dan on-road
- Laluan berlumpur
- Mengharungi air/Laluan sungai
- Laluan berbatu-batu
- Laluan condong
- Laluan mendaki bukit curam
- Laluan menuruni curam bukit
- Meniti jambatan
- Bahasa Isyarat dalam pemanduan off-road
- Latihan penggunaan alatan pemulihan 4×4 (4×4 Recovery Tools)
- Penyampaian sijil
-KURSUS TAMAT-
KHIDMAT JURULATIH DAN TENAGA PENGAJAR
Kod : KPA-TP
- 1 orang Tenaga Pengajar Utama
- 3 orang Pembantu Tenaga Pengajar
- Min Pax : 15
- Max Pax : 30
- Lokasi latihan : Ditentukan oleh penganjur
- Penempatan dan makan minum peserta, Jurulatih dan Tenaga Pengajar disediakan oleh penganjur
- 2 buah kenderaan 4×4 untuk Recovery akan disediakan
- Kenderaan untuk latihan : disediakan oleh pihak penganjur
Nota : Mohon untuk hubungi kami untuk keterangan lanjut.
* Pendaftaran dan penyerahan borang pendaftaran secara online tidak bermaksud telah berlaku penerimaan secara mutlak sebagai peserta untuk kursus yang dipohon. Penyertaan akan hanya disahkan apabila bayaran penuh untuk kursus yang dipohon diterima oleh pihak kami. Namun, setiap penyertaan adalah tertakluk diatas budi bicara Blackwind Adventure Team sebagai penganjur kursus.
Nota : Anda dinasihatkan untuk menghubungi kami untuk mendapat keterangan lanjut tentang kursus yang ditawarkan.
MODUL DAN KANDUNGAN KURSUS
Kandungan dan modul kursus adalah hakcipta terpelihara BLACKWIND ADVENTURE TEAM @ copyright
VIDEO-VIDEO KURSUS
RECOMMENDED ARTICLES
-
Teknik Laluan licin dan berlumpurFebruary 7, 2012/0 Comments
-
Team Building ProgramJanuary 4, 2020/
-
4×4 Real Challenge Team BuildingJanuary 4, 2020/
-
Teknik Menuruni Bukit CuramDecember 25, 2019/
-
Manual Vs Auto – Pilihan AndaDecember 29, 2019/