



4x4 MANUAL VS AUTO
4×4 MANUAL VS AUTO, MANAKAH PILIHAN ANDA ?
Terdapat 2 pilihan transmisi pada kenderaan pada masa kini iaitu Auto atau Manual. Fungsinya tetap sama iatu untuk menggerakan kenderaan kehadapan atau kebelakang. Namun, kenderaan bertransmisi auto menjadi pilihan ramai kerana mudah dikendalikan. Kenderaan bertransmisi manual memerlukan sedikit kemahiran dalam pengendaliannya. Apakah pilihan anda apabila melibatkan kenderaan pacuan 4 roda.
Baik! Mari kita bandingkan kedua-dua jenis transmisi ini.
Transmisi Manual
- Fuel Consumption – lebih KM maksudnya boleh pergi lebih jauh tapi kalau traffic jem, minyak boleh tahan la!
- Transmisi tidak mudah overheat tapi kalau kurang mahir akan mudah rosak
- Bateri Flat – Boleh tolak atau tarik untuk menghidupkan enjin (Tow start)
- Gigi gear rosak – Masih boleh gunakan gear-gear yang lain dan kenderaan masih boleh dipandu tapi kemungkinan besar gear box akan rosak teruk
- Gear box rosak – harga lebih murah sebab mudah untuk rosak
- Minyak gearbox kurang – masih boleh berfungsi
- Static Inertia – Momentum kenderaan lebih cepat dijana
- Gear braking/Engine braking – menghasilkan gear braking/engine braking yang lebih baik
Transmisi Auto
- Fuel Consumption – kurang KM maksudnya perlukan lebih minyak untuk perjalanan jauh, jalan jem! samalah dengan manual cuma lebih relek …
- Transmisi mudah over heat apabila terlalu dipaksa tapi jarang rosak
- Bateri Flat – terpaksalah jump start atau towing
- Gigi gear rosak – tak boleh buat apa-apa, kena towing la ..
- Minyak gear box kurang – kenderaan tidak boleh dipandu kerana minyak perlu sentiasa cukup
- Gear box rosak – harga lebih mahal sebab jarang berlaku kerosakan
- Static Inertia – memerlukan masa yang agak lama untuk menjana momentum
- Gear braking/Engine braking – kurang menghasilkan gear braking/engine braking yang baik
Mari kita bandingkan pula penggunaan gear manual dan auto di jalan off—road.
Pemanduan di laluan berpasir
- Kenderaan auto mempunyai kelebihan sekiranya dipandu di trek berpasir yang rata dan tidak berbukit-bukit itupun sekiranya momentum kenderaan dapat dikekalkan. Walaubagaimanapun, apabila melalui laluan berpasir yang berbukit-bukit, kenderaan bertransmisi auto sering tersangkut disebabkan penukaran gear adalah secara automatik dan delay ketika penukaran gear itu akan menyebabkan kenderaan hilang momentum. Walaupun anda boleh memilih untuk menggunakan gear yang lebih rendah seperti gear 2, 1 atau L, sistem transmisi gear auto tidaklah sebaik gear manual dalam menjana dan mengekalkan momentum kenderaan
- Kenderaan bertransmisi manual pula sering tersangkut sekiranya pemandu tidak memiliki kemahiran dalam pemilihan dan dalam penukaran gear. Teknik pemanduan dan teknik accelaration penting dalam mengawal momentum pemanduan.
Pemanduan di laluan berbatu-batu dan berhalangan tinggi
- Sekiranya anda memilih untuk memandu di laluan berbatu seperti Rock Crawling, kenderaan auto adalah lebih mudah dan selamat digunakan kerana kenderaan bertransmisi auto ini dapat mengekalkan momentumnya tanpa anda sibuk menekan klac dan brek.
- Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam mengendalikan gear, klac dan throttle maka kenderaan manual juga berupaya mengharungi laluan berbatu-batu serta berhalangan tinggi namun kalau salah langkah akan menyebabkan klac anda mudah terbakar.
Laluan berlumpur dan licin
- Memandu kenderaan auto, anda bergantung sepenuhnya kepada sistem gear dan agak sukar untuk mengagak kenderaan kita berada dalam kedudukan gear berapa sekiranya anda berada dalam kedudukan mode “D”. Kalaupun anda berada dalam kedudukan Lower Gear sekalipun, lonjakan atau momentum awal (Static Inertia) amat penting untuk kita keluar dari laluan licin.
- Berbeza dengan kenderaan manual, kawalan gear adalah terpulang kepada pemandu itu sendiri kerana apabila memandu dalam laluan yang licin ada ketikanya kenderaan perlu laju (contohnya untuk untuk membuang lumpur pada tayar) atau perlahan bergantung kepada kondisi jalan.Selain dari itu, lonjakan awal itu penting dan di sinilah peranan gear penting bila dapat dikawal sepenuhnya oleh pemandu.
River crossing atau water crossing
- Bagi kenderaan bertransmisi auto, gunakan mode Lower Gear dan teruskan perjalanan tetapi kekal kelajuan dan momentum. Jangan gunakan mode gear Drive (D) kerana berkemungkinan gear akan bertukar secara automatik apabila throttle di tekan terlalu lebih dan kenderaan akan hilang momentum ataupun terlalu laju dan air memasuki kenderaan sterusnya menyebabkan kenderaan mati seterusnya tersangkut.
- Bagi kenderaan manual, lagi sekali pemilihan gear amat penting. Cuma pastikan momentum dikekalkan dan jangan menukar gear ketika melalui laluan berair kerana air akan masuk ke kotak gear box.
Laluan mendaki dan menuruni bukit atau laluan curam
- Kenderaan auto lebih selamat apabila dipandu di laluan mendaki curam kerana kemungkinan untuk mati ditengah pendakian biasanya tidak berlaku. Kalau tak boleh naik, gunakan gear undur dan turun kebawah dan lakukan pendakian semula.
- Bagi kenderaan manual, anda perlu lebih mahir dan cekap bila melakukan pendakian kerana kenderaan anda mungkin akan mati ditengah pendakian dan sekiranya anda panik kenderaan akan mengelunsor turun dan boleh menyebabkan kenderaan terbalik. Kecekapan mengendalikan gear manual amat diperlukan. Sekiranya mati ditengah pendakian gunakan teknik yang telah kami share di posting Tersekat Ketika Pendakian.
- Bagi kenderaan auto, menuruni bukit mungkin antara cabarannya kerana kenderaan bertransmisi auto secara umumnya mempunyai gear braking/engine braking yang rendah justeru apabila menuruni bukit ia akan lebih laju berbanding dengan kenderaan manual.
- Manakala bagi kenderaan manual, gear braking/engine braking lebih tinggi dan akan lebih perlahan dan lebih selamat ketika menuruni bukit.
Walau bagaimanapun, kenderaan 4×4 zaman moden kebanyakannya telah dilengkapi dengan pelbagai safety elemen untuk memudahkan pemanduan di lapangan off-road seperti :
Hill Start Control (HSC)– Sistem yang dikawal secara elektronik yang berfungsi akan mengawal kenderaan dari berundur kebelakang ketika laluan berbukit. Sebagai contoh anda memandu mendaki bukit dan berhenti di simpang lampu isyarat, apabila sampai giliran anda untuk berjalan dan ketika anda melepaskan pedal brek maka sistem HSA ini akan berfungsi secara otomatik untuk membrek (tanpa anda perlu tekan brek) agar kenderaan tidak akan berundur kebelakang
Downhill Assist Control (HDC)–Satu sistem yang mengawal kelajuan kenderaan semasa menuruni bukit tanpa perlu menekan pedal brek oleh pemandu.
Kenderaan 4×4 moden seperti Toyota Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan banyak lagi biasanya (High Spec) juga dilengkapi dengan sistem gear automatik yang lebih moden serta menjimatkan berbanding dengan sistem automatik transmisi tradisional iaitu AMT (Automated Manual Transmission), CVT (Continuously Variable Transmission) dan DCT (Dual Clutch Transmission) iaitu sistem transmisi yang dikawal secara elektronik.
Contoh – Trasmisi Auto Moden Jenama Toyota Hilux
Bagi yang biasa menggunakan kenderaan manual (kebanyakan off-roader suka kenderaan manual) antara sebabnya ialah ianya lebih menyeronokan, lebih mencabar, menambahkan lagi skill pemanduan, pemandu lebih fokus dan pemandu merasakan lebih kawalan ke atas kenderaan mereka. Namun semuanya terpulang kepada pemandu itu sendiri.
So! Yang manakah pilihan anda?
Ia terpulang kepada anda sendiri, samada anda mahukan cabaran yang lebih atau anda mahukan yang lebih selesa dan mudah dikendalikan ..… anda sendirilah yang membuat keputusan kerana andalah pemandunya.
Selamat Memandu! dan Drive Carefully.
Like this post please share :
RECOMMENDED ARTICLES
-
4×4 Real Challenge Team BuildingJanuary 4, 2020/0 Comments
-
Team Building ProgramJanuary 4, 2020/
-
Petrol Vs Diesel-Pilihan AndaDecember 31, 2019/
-
Persiapan Offroad – Apa nak buatDecember 28, 2019/
-
Ekspedisi Luar NegaraDecember 28, 2019/