ads-4x4-tb-program
ads-4x4training
ads-basic-vehicle-maintenance
ads2-tb-program-1200x500
previous arrow
next arrow

MENURUNI BUKIT CURAM

Menuruni bukit curam

Menuruni Bukit dan Cerun Curam

Sememangnya kepada penggemar-penggemar aktiviti off-road semakin sukar sesuatu laluan itu maka semakin memberi kepuasan kepada mereka.

Salah satunya ialah laluan menuruni bukit atau cerun curam. Adalah menjadi kebiasaan apabila kita memandu di tanah tinggi maka laluan-laluan sebegini tidak dapat di elakan terutamanya bekas-bekas laluan balak.

Pemanduan menuruni bukit amat mencabar ditambah lagi sekiranya hujan kerana permukaan jalan menjadi semakin licin dan tayar tidak dapat memberi cengkaman yang baik. Sekiranya laluan tersebut dahlah curam dan licin banyak pula gaung dan jurangnya bertambah mencabar dan semakin berdebar-berdebar kita.

Kami ingin berkongsi sedikit pengalaman sekiranya kita melalui laluan-laluan sebegini.

Antara tips yang perlu diketahui ialah :

  • Gunakan Gear 1 dalam Mode 4L untuk memperlahankan kenderaan dengan membiarkan kenderaan menuruni dengan bantuan ‘engine braking
  • Jangan gunakan brek sekiranya laluan menurun itu curam dan licin kerana ini tidak dapat memperlahankan kenderaan anda bahkan menjadikan kenderaan akan turun lebih laju disebabkan tayar tidak dapat memberi cengkaman pada permukaan tanah
  • Sekiranya laluan menuruni bukit itu berbatu-batu dan tidak licin, brek boleh digunakan tetapi tekan brek dengan menggunakan teknik Tapping
  • Pada kenderaan Manual, jangan sesekali tekan pedal clutch atau menukar gear ketika menuruni bukit kerana ini akan menyebabkan kenderaan akan mengelongsor laju dengan ketiadaan gear dan mungkin anda akan panik dan seringkali berlaku kenderaan terbalik
  • Gear Manual pada kedudukan gear yang paling rendah
  • Sekiranya kenderaan bertransmisi Auto, letakan gear pada Low gear atau gear yang paling rendah. Perlu diketahui, tork untuk kenderaan bertransmisi Auto agak rendah maka engine braking yang dihasilkan kadang-kadang tidak dapat memperlahankan kenderaan.
Like this post please share :

 

  • Sekiranya kenderaan Auto anda mempunyai Sequential Gear (Bertanda + – ), maka tukar gear dari kedudukan Drive (D) kepada Sequential
  • Buka air-cond untuk menambah lagi  bebanan kepada enjin supaya kuasa engine braking bertambah
  • Kawalan stereng amat penting ketika menuruni bukit, jangan memegang stereng dengan kejap kerana ini akan menyebabkan anda berusaha untuk memutar stereng dengan kuat dan akibatnya tayar kenderaan tidak akan lurus dan yang lebih parah memanjat tebing bukit dan terbalik
  • Jangan menekan brek secara mengejut, gunakan kaedah membrek secara tapping 
  • Sekiranya kenderaan tergelongsor khususnya dilaluan licin, menekan minyak dengan cara tapping dapat membantu mengekalkan posisi kenderaan anda tidak berpusing dan juga dapat mengembalikan kenderaan ke posisi asal
  • Sekiranya cerun terlalu curam minta bantuan kenderaan di belakang anda untuk support (sebagai anchor atau gunakan winch dari belakang)
  • Menggunakan pokok yang berdaun yang di ikat di belakang kenderaan sebagai beban juga membantu untuk mengurangkan kelajuan menurun
  • Sekiranya laluan menurun ada longkang atau rut laluan tayar, masukan tayar kenderaan kedalam rut, ini kerana rut tadi akan lock tayar kenderaan kita hingga ke kaki bukit. Jangan cuba “kangkang” kerana kemungkinan untuk kenderaan anda mengelongsor amat tinggi dan yang lebih takut ialah apabila hanya sebelah tayar kenderaan kita memasuki rut dan yang sebelah mungkin memanjat tebing dan risiko untuk kenderaan kita terbalik dan menjunam ke gaung amat tinggi. Teknik ini sesuai untuk jalan licin dan tinggi serta berhampiran dengan gaung. 

Tips-tips yang dikongsi ini mungkin berbeza dengan situasi dan kondisi jalan yang sebenar, namun teknik inilah yang selalu kami gunakan.

DRIVE SAFELY GUYS