previous arrow
next arrow
Slider

KURSUS PEMANDUAN 4X4

Kursus Pemanduan dan Pengendalian Pacuan 4 Roda adalah kursus yang melatih para pekerja yang terlibat dengan penggunaan kenderaan pacuan 4 roda dalam tugas harian mereka terutamanya kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta.

APA ITU 4 WHEEL DRIVE ATAU 4X4 ATAU 4WD ?

Di dalam kursus ini peserta akan didedahkan kepada maklumat-maklumat penting yang seharusnya mereka ketahui sebelum memandu kenderaan 4×4. Jenis kenderaan 4×4, sistem 4×4 berfungsi dan kelebihan dan kekurangan kenderaan 4×4 akan di ajarkan.

SIAPA YANG PERLU MENGIKUTI KURSUS 4X4 INI?

Kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan kenderaan 4×4 dan amat bersesuaian kepada mereka yang terlibat menggunakan kenderaan jenis ini secara kerap dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian mereka.

KENAPA DAN BILA HARUS MENGIKUTI KURSUS 4×4 INI?

ILMU menjadi elemen yang sangat penting didalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ilmu berkenaan dengan kenderaan 4×4 ini menjadi penting untuk dipelajari apabila berlakunya penggunaan secara serius terhadapnya. ILMU yang dipelajari akan melengkapkan diri seseorang pemandu itu dengan “DO” dan “DON’T” dalam mengendalikan kenderaan mereka. Dengan ilmu yang dipelajari dapat membantu meminimakan kemungkinan berlakunya kemalangan dan apa yang lebih penting ialah mengurangkan risiko kehilangan nyawa. Pemanduan berdasarkan ilmu yang betul dapat membantu mengurangkan risiko kekerapan berlakunya kerosakan serta mengurangkan kos pembaikan dan seterusnya meningkatkan produktiviti setiap pekerjaan itu.

APAKAH TEKNIK PEMANDUAN 4X4 YANG BETUL ?

Kaedah atau teknik memandu kenderaan 4×4 dipermukaan jalan berlumpur, berpasir, mendaki atau menuruni bukit dalam situasi “Off Road” sudah tentulah berbeza apabila memandu kenderaan 4×4 di permukaan jalan biasa, malah teknik memandu di permukaan jalan licin tidak sama dengan teknik memandu di jalan berbatu.

Tips “All Terrain Driving Techniques” banyak membantu pemandu kenderaan 4×4 membuat keputusan yang lebih baik seterusnya bermungkinan dapat menyelamat kenderaan mereka dari rosak dan yang lebih penting menyelamatkan nyawa mereka.

Share this :

LAGI PROGRAM LATIHAN YANG KAMI KENDALIKAN ....

Kami juga mengendalikan kursus-kursus lain seperti Kursus Penyelenggaraan Kenderaan (Basic Vehicle Maintenance),  Program Pembinaan Pasukan, Real Challenge Team building, White water rafting activities, Basic Survival Program dan pelbagai kursus lain mengikut keperluan dan citarasa pelanggan.

Kami juga turut bertindak sebagai Event Organiser untuk acara-acara dan program seperti Program Community Service Responsibility (CSR), Program Tour and Leisure Trips, Off-Road Trips, Family Day, Program jelajah 4×4 atau 4×4 Overland trip samada bersifat Local atau International Overland Tour. Disamping itu kami juga menyediakan  khidmat pengangkutan kenderaan 4×4 untuk apa jua program anda!

APA KATA MEREKA ...

“Kepakaran mengendalikan kenderaan dan kursus 4×4 terbaik oleh team ini”

– Herry Khai, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (Unit Pasukan Bergerak  Orang Asli)

SEDIKIT REVIEW ...

SIAPAKAH PELANGGAN KAMI?

Close Menu
Message Us on WhatsApp