



ads-4x4-tb-program
ads-4x4training
ads-basic-vehicle-maintenance
ads2-tb-program-1200x500
MENGHARUNGI DAN MERENTASI SUNGAI
Mengharungi dan Merentasi Sungai
Ketika melakukan pemanduan di jalan off-road, kadang-kadang kenderaan kita perlu mengharungi dan menyeberangi sungai untuk sampai ke destinasi.
Adakah kenderaan kita mampu menyeberangi sungai. Maka, berdasarkan pengalaman kami, ada beberapa perkara yang kita perlu ambil kira, terutamanya kenderaan dan keselamatan kita sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pemanduan.
Di sini kami kongsikan beberapa tip dan perlu diingat bahawa tip-tip ini mungkin berbeza mengikut situasi, kondisi laluan dan pengalaman. Namun tip yang di berikan ini hanyalah sebagai panduan dan langkah awal untuk memastikan anda dan kenderaan anda selamat.
Antara tips yang perlu di ambil perhatian :
- Lakukan recee untuk pastikan jenis dasar sungai samada dasar berbatu-batu, berlumpur atau berpasir, ini akan mempengaruhi pemanduan kita iaitu untuk menyesuaikan gear apa yang harus kita gunakan.
- Sekiranya dasar sungai berbatu-batu maka gear yang sesuai adalah gear 1 mode 4L dan kawal momentum kenderaan agar kenderaan kita tidak melantun-lantun
- Sekiranya dasar sungai berlumpur dan berpasir maka gear 2 atau 3 mode 4L dengan momentum/RPM2000 ke 2500 sesuai di gunakan untuk mengelakkan kenderaan kita terbenam dan terkandas di tengah sungai
- Periksa kedalaman dan arus sungai untuk menentukan kesesuaian kenderaan kita, kerana setiap kenderaan adalah berbeza-beza seperti kenderaan petrol atau diesel, ada snorkel atau tidak dan untuk kenderaan baru tentukan dimana letaknya ECU kenderaan.
Like this post please share :
- Tandakan laluan dengan menggunakan kayu serta tentukan laluan keluar dari sungai
- Jangan menyeberangi sendirian.
- Turunkan tingkap kenderaan dan tidak memasang tali pinggang keselamatan kerana sekiranya kenderaan kita hanyut maka mudah untuk kita menyelamatkan diri
- Jangan tukar gear di dalam air dan jangan main klac
- Sekiranya enjin mati ketika memandu dalam sungai yang dalam. Jangan hidupkan enjin.
- Pastikan anchor point untuk winch sekiranya tersangkut
- Selepas keluar dari air, kelajuan perlu dikawal dan gunakan kaedah tapping motion pada brek agar brek kembali kering.
Sememangnya menjadi kepuasan kepada kita sebagai penggemar aktiviti off-road apabila kenderaan kita berjaya melepasi halangan ini.
Apa pun sebelum sesuatu keputusan itu di buat, pastikan kita telah mengetahui kemungkinan risiko yang akan dihadapi dan seelok-eloknya kita bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Semoga tips ini dapat membantu kawan-kawan semua.
Happy Safe Driving!