ABOUT US

jwj4-segmen-astro-awani
Wawancara TV
champ-baling-challenge
4x4 Baling Challenge
jwj2
4x4 Overland

LATARBELAKANG

Blackwind Adventure Team atau panggilan ringkasnya BAT adalah sebuah komuniti penggemar kenderaan lasak pacuan 4 roda. Terdiri dari ahli komuniti dari pelbagai bidang pekerjaan telah berkongsi minat yang sama.

Bermula dengan suka-suka kini telah menjadi minat yang mendalam dan ahli-ahli kami telah mengikuti pelbagai aktiviti-aktiviti sukan ini sehinggalah kami berjaya memenangi tempat pertama di “4×4 Baling Challenge” pada tahun 2008 seterusnya memenangi FREE TICKET sebagai Competitor di Rain Forest Challenge, 2009.

Bermula pada tahun 2010, kami telah berjaya menganjurkan berberapa siri ekspedisi dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4×4) kepelusuk Asia Tenggara seperti pada tahun 2011 ke 7 buah negara bermula Malaysia-Thailand-Cambodia-Vietnam-Laos-China-Myanmar selama lebih dari 25 hari dalam membawa misi budaya dan kemasyarakatan yang dikenali sebagai Program Jejak Warisan Jawi.

Kemudiannya, dari komuniti yang suka-suka maka tertubuhlah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk melebarkan lagi sayap sebagai syarikat yang menyediakan khidmat tenaga pengajar pengkhususan dalam mengendalikan kursus-kursus yang bercorak “out door”  antaranya adalah seperti kursus pemanduan 4×4 bermula dari peringkat asas hinggalah ke peringkat ekstrem, kursus ‘Pembinaan Pasukan (Team Building), Kursus Kepimpinan (Leader Ship Course), Kursus Pengurusan Tekanan ( Stress Management), Kursus Berfikir secara kritikal (Critical Thinking), Kursus Pengendalian Masalah (Problem Solving), Kursus Membina Pasukan dan Professionalisme Pemanduan, Kursus Localize Nature Guide, kursus survival hutan (Jungle Survival) dan lain-lain lagi. Disamping itu, BAT juga menyediakan khidmat pengurusan acara kepada agensi-agensi kerajaan, syarikat korprat, persatuan, kelab-kelab, universiti dan sekolah.

Mengambil peluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama-sama mereka yang terlibat secara langsung dengan penggunaan kenderaan pacuan 4 roda samada untuk tujuan kerja, sukan, hobi ataupun sebagai pengguna biasa.

VISI

Menjadi syarikat yang menawarkan khidmat perniagaan bukan sahaja ke seluruh negara tetapi juga ke peringkat Asia dan juga ke seluruh dunia.

OBJEKTIF

  • Menjadi entiti yang berdaya maju, dinamik dalam bidang pengurusan acara dan khidmat latihan
  • Berkongsi idea, pengalaman, ilmu, dan kemahiran untuk membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
  • Membantu dalam membentuk modal insan yang berketerampilan, berilmu, tahan lasak dan berintegriti
  • Membantu dalam menyediakan tenaga pekerja yang mempunyai survival diri dan jati diri serta tidak mudah putus asa.
  • Menyediakan modul latihan yang dapat merangsang kepada peningkatan produktiviti pekerja
  • Menyediakan khidmat latihan yang professional kearah pembentukan pekerja yang dinamik, inovatif dan efisien

MOTTO

LEARNING. PASSION. ADVENTURE

LEARNING : Proses pengumpulan ilmu pengetahuan dan ilmu melalui  pengalaman dijadikan pedoman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian

PASSION : Semangat, minat yang mendalam dan sabar berterusan untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan  ke dalam apa jua bidang kehidupan

ADVENTURE : Pengetahuan dan pengalaman menjadikan diri yakin untuk berani menempuh apa jua cabaran kehidupan dengan rasa syukur

The Logo
REGISTERED WITH :
ssm-logo
Reg. No : SA0125521P
MOF-LOGO
License No. 357-02204525
ePerolehan
Keratan Akhbar - Sinar Harian
Keratan Akhbar - Berita Harian
NST-"Might of the jungle"
Share This :

OUR TEAM

Dalim Bin Othman

Pengurus BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Berkelulusan dalam bidang Pengajian Perniagaan dari ITM (sekarang UiTM).Berpengalaman dalam bidang kewangan dengan bank terkemuka tempatan selama lebih dari 21 tahun perkhidmatan disamping sebagai  Bendahari kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selama lebih dari 5 tahun.

Terlibat sebagai tenaga pengajar kursus 4×4 dan juga “motivator” selama lebih dari 10 tahun.

Berpengalaman sebagai seorang pemandu profesional untuk acara-acara promosi kenderaan pacuan empat roda khususnya untuk syarikat permotoran terkenal di seluruh Malaysia.

SAIFUL ANWAR YAHYA

Merupakan tonggak dan tenaga penting kewujudan BAT. Mendapat pendidikan dalam bidang Seni Kreatif, USM dan telah terlibat sejak tahun 1982 dalam bidang ‘Event Management’ dan ‘Promotion’ sehingga ke peringkat antarabangsa. Kini merupakan pakar motivasi berkaitan ‘Creative Thinking’ dan ‘Problem Solving’ selain mahir dalam ‘Concept & Design’ untuk publisiti, program dan aktiviti. Seorang yang amat berpengalaman dan aktif dalam bidang seni dan budaya. 

 

ZAID MUHAMMAD MOHD RAIS

Seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama 15 tahun di Jabatan Tilawah Al Quran, Pusat Bahasa dan Pra Pembangunan Akademik dan sekarang sedang menyambung pengajian PhD dalam bidang Pendidikan dengan UIAM.

Pengasas Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu pada tahun 2000.{PUPAQSI} pengkhususan dalam pengajian Al- Quran dan dalam bidang latihan, motivasi dan pembangunan modal insan. Berpengalaman luas dalam mengendalikan kursus-kursus motivasi khususnya kepada golongan remaja.

Pemegang Tauliah Penuh kategori D1, D2 dan D3 dari Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS sejak 2008.
Agensi yang pernah mendapat perkhidmatan seperti Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PEMADAM dan banyak lagi.

SAIFUL AFFANDEE MOHD RAIS

Merupakan Jurulatih Utama BLACKWIND ADVENTURE TEAM dalam bidang pengendalian Pacuan 4 Roda setelah menimba pengalaman sejak tahun 2006. Menjadi johan pertandingan 4×4 di Baling, Kedah seterusnya melayakkan diri sebagai “Competitor” dalam pertandingan ‘4×4 International Rainforest Challenge’ pada tahun 2009.

Riduwan Bin Zanin

Berkelulusan dalam Bachelor of Engineering (HONS) Electronics Majoring in Telecommunications Multimedia University (MMU), Melaka. 

Mendapat latihan kursus pengendalian 4×4 dari Lantra 4WD Instructor UK, kursus survival dari The Duke of Edinburgh’s Award Leader. 

Berkelayakan “Train the Trainer” dari National Institute of Occupational Safety Health (NIOSH) dari Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia dari Jabatan Pembangunan Kemahiran dan banyak lagi kursus-kursus yang telah beliau ikuti samada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. 

Beliau juga merupakan seorang “Tour Guide” yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan telah memenangi award “The Best Tourist Guide 2014-2015”