ads-4x4-tb-program
ads-4x4training
ads-basic-vehicle-maintenance
ads2-tb-program-1200x500
previous arrow
next arrow

PENYELENGGARAAN KENDERAAN 4x4

Penyelenggaraan 4x4

Penyelenggaraan kenderaan 4 roda

Penyelenggaraan kenderaan 4×4 perlu di lakukan sekerap mungkin lebih-lebih lagi apabila kenderaan anda sentiasa keluar masuk off-road. 

Kenapa? 

Ia adalah untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik akan mengurangkan risiko kerosakan yang lebih kritikal ketika di dalam hutan. Mana nak cari spare-part dalam hutan? Selalunya para kaki off-road sudah masak dengan kenderaan mereka dan spare part apa yang nak bawa sudah ada tersimpan di dalam kenderaan mereka. Amat malang sekali kalau kita dah tau apa yang akan rosak tapi nak save duit punya pasal kita ambil mudah. Akibatnya, bila berlaku kerosakan di dalam hutan kepada kenderaan kita, bukan sahaja akan memberi masalah kepada kita bahkan masalah  kita juga akan memberi masalah kepada kawan-kawan yang lain. 

Jangan ambil mudah kerana apabila kita tidak tukar kerosakan yang kecil akan mengakibatkan kepada kerosakan yang lebih besar dan lebih serius. Jangan sampai kereta tinggal dalam hutan!

Apa yang perlu kita check ?

Antara perkara-perkara yang perlu di ambil kira untuk menyelenggara kenderaan 4×4 ialah

Tayar dan Rim

Antara yang perlu diselenggara :

  1. Bunga tayar, pastikan masih boleh memberi cengkaman pada permukaan jalan samada pada jalan berturap atau tidak berturap.
  2. Tekanan angin tayar perlu mencukupi berdasarkan beban muatan yang dibawa dan juga jarak perjalanan kenderaan, jangan terlalu keras atau terlalu lembek.
  3. Roda dan tayar diimbang (Balancing) dengan betul supaya tidak berlaku gegaran (parkinson-bahasa kaki 4×4) yang melampau pada kelajuan tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku ketidak keseimbangan pada kenderaan seterusnya berlaku kemalangan. Lagipun, kita pun rasa tak selasa.
  4. Buat Alignment (Penjajaran) beserta sudut tayar (Chamber) yang tepat agar kenderaan bergerak lurus di atas jalan serta mengurangkan berlakunya kehausan bunga tayar yang tidak sekata menyebabkan jangka hayat tayar pendek. (Harga tayar mahal Ooo..lebih-lebih lagi tayar centerpede/lipan). Biasanya bagi geng-geng off-road ni, mereka ada dua set tayar dan rim, iaitu satu tayar untuk off-road dan satu tayar lagi untuk jalan biasa.
  5. Nat dan skru tayar diikat dengan baik pada kadar yang mudah dibuka dengan peralatan tangan tetapi jangan terlalu longgar kalau tidak nanti tayar jalan dulu dari kereta..biasa berlaku ni
  6. Tayar gantian bersesuaian dengan saiz dan diisi dengan angin secukupnya.

Differential Gear,  Transmission Gear dan Transfer Case

Komponen ini perlu sentiasa ada minyak pelincir yang mencukupi dan pastikan tidak berlaku kebocoran minyak. Cara nak check ialah kita kena cuci kenderaan dengan bersih barulah kita tau di mana berlaku kebocoran itu nanti. Gunakan gred minyak yang bersesuaian yang dicadangkan oleh syarikat pengeluar kenderaan. (Biasanya dalam Manual kenderaan ada di beritahu)… tapi biasanya orang jarang baca manual ni. Penyelengaraan pada bahagian ini amat penting dan perlu dilakukan sekerap mungkin, lebih-lebih lagi apabila kerap keluar masuk off-road kerana dikhuatiri minyak dah bercampur air.

Sistem Brek

Brek juga perlu selalu di check khasnya kenderaan petrol disebabkan kenderaan jenis ini kurang kemampuan engine brakingnya berbanding kenderaan diesel. Pada kenderaan yang menggunakan sistem brek drum khususnya pada brek belakang, apabila selalu off-road, pasir dan lumpur yang terperangkap di dalam drum brake akan menghakis brake lining/brake pad, sentiasa bersihkan dan kalau dah nipis atau habis kenala tukar.

Pastikan paras bendalir pelincir (orang selalu panggil minyak brek tetapi sebenarnya bukan minyak) brek didalam tabung mencukupi dan pastikan tiada berlaku kebocoran pada pam brek dan saluran hosnya.Periksa tahap cengkaman, jika perlu tukar pad brek.

 

Like this post please share :

Sistem Suspensi

Sistem pacuan, stereng dan sistem suspensi kenderaan berhubung kait di antara satu sama lain. Penyelenggaraan perlu dibuat untuk menentukan semua sistem berfungsi dengan baik dan selamat.

Sistem pacuan empat roda amat kompleks kerana ia terdiri dari pelbagai komponen. Pemerhatian dan ketelitian pemandu perlu untuk mengesan sebarang masalah yang terdapat pada kenderaan.

Penyelenggaran yang baik terhadap sistem suspensi penting agar sistem kawalan stereng berjalan dengan baik. Suspensi yang tidak sempurna dan tidak berkeupayaan amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik pada permukaan jalan yang beralun atau berlopak.

Penyelenggaraan yang perlu ialah :

  • Tambah gris pada ball joint, tie rod, propeller coupling dan driveshaft
  • Bushing dan bahagian getah lain perlu diteliti dan diganti jika terdapat terlalu banyak regangan (Freeplay) atau jika komponen telah pecah atau haus
  • Servis secara berjadual pada bahagian kekunci hab tayar hadapan (jika ada)

Sistem Enjin dan Pendawaian Elektrik

Enjin dan sistem elektrik perlu di selenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun pada kenderaan yang kerap digunakan, penyelenggaraan lebih awal dan lebih kerap adalah lebih baik.

Antara yang perlu di ambil kira ialah :

  • Semua hidraulik seperti minyak stereng, minyak brek, minyak klac berada pada tahap yang ditentukan serta tidak mengalami kebocoran.
  • Tentukan aras minyak pelincir enjin pada tahap yang ditetapkan dan gunakan minyak yang sesuai dengan enjin kenderaan
  • Sentiasa kerap melakukan pemeriksaan tahap air didalam radiator agar dapat mengetahui samada ada berlaku kebocoran pada radiator atau tidak
  • Sistem pendawaian berkeadaan baik iaitu tidak mengalami sebarang litar pintas atau mungkin terdapat wayar yang tidak di salut dengan penebat yang boleh mengakibatkan berlaku kebocoran elektrik atau lebih bahaya berlakunya litar pintas pada badan kenderaan yang menyebabkan kebakaran pada sistem pendawaian bahkan pada kenderaan itu sendiri
  • Penapis udara berkeadaan baik  dan tukar penapis baru jika perlu untuk meningkatkan kelancaran sistem pengaliran udara seterusnya menjimatkan penggunaan bahan bakar
  • Pastikan air bateri berada tahap yang baik dan bagi sel kering, tidak melepasi tarikh luput bateri.
  • Jika ada fius yang terbakar, hendaklah diganti serta fius gantian yang mencukupi mengikut kadar amp yang ditetapkan sekiranya melakukan perjalanan jauh ke dalam hutan
  • Lakukan juga penyelenggaraan pada sistem lampu kenderaan meliputi lampu utama, lampu belakang, lampu brek, lampu undur, lampu isyarat termasuk juga spot light, jika ada. Sediakan mentol gantian untuk perjalanan jauh kedalam hutan.

Badan Kenderaan

Kenderaan perlu dicuci dan dibersihkan setiap kali pulang dari perjalanan off-road atau ekspedisi. Jemur kenderaan dibawah cahaya matahari yang panas dan buka semua pintu termasuk hud (bonet) hadapan dan pintu belakang untuk mengeringkan bahagian dalam kenderaan terutamanya sekiranya karpet kenderaan basah supaya lembapan tidak akan merosakan sistem pendawaian dan badan kenderaan selain mengeluarkan serangga-serangga kecil yang mungkin bersarang dalam kenderaan yang berkemungkinan boleh merosakan bahagian komponen yang sensitif seperti pendawaian.

Kenderaan yang bersih mudah diselenggara dan sebarang masalah seperti kebocoran,  kehilangan skru atau kerosakan kecil yang boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih besar dapat dikenalpasti dan diambil perhatian sebelum diperbaiki.

Keadaan kenderaan yang bersih juga tidak akan menjejaskan penglihatan pemandu lain yang boleh mengundang kepada kecelakaan.

Alatan Recovery, Tool Box dan lain-lain peralatan sokongan

Alatan bantuan sokongan seperti Winch elektrik, PTO, juga perlu diambil perhatian dan diselenggara.  Solenoid bagi winch elektrik perlu dipastikan dalam keadaan baik dan minyak pelincir bagi PTO juga perlu diperiksa selain dari tali kabel dicuci supaya lumpur yang melekat pada dawai kabel tidak berkarat dan merosakan tali kabel, akibatnya tali kabel kita mudah putus ketika aktiviti-aktiviti winching.

Alatan seperti strap, D shackle, Snatch block perlu juga di bersihkan agar lumpur atau pasir tidak melekat yang boleh menghalang kelancaran penggunaan alatan tersebut. Jikalau perlu, semburkan WD40 supaya ianya berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Pemanduan kita semasa di jalan off-road juga akan mempengaruhi berlakunya kerosakan pada kenderaan. Pemanduan yang terlalu robust akan menambah risiko berlakunya kerosakan namun pemanduan yang terlalu cermat pula akan menyebabkan kenderaan sering terkandas. Maka pandulah mengikut kesesuaian situasi dan keadaan.