ads-4x4-tb-program
ads-4x4training
ads-basic-vehicle-maintenance
ads2-tb-program-1200x500
previous arrow
next arrow

TEKNIK MENDAKI BUKIT CURAM

Pemanduan Mendaki Bukit Curam

Ketika melakukan pemanduan dijalan off-road, kadang-kadang kita terpaksa melalui jalan-jalan mendaki bukit terutamanya bekas laluan balak. Memandu di kawasan-kawasan sebegini memerlukan perhatian dan tumpuan yang lebih terutamanya ketika musim hujan kerana jalan akan menjadi licin dan amat merbahaya.  

Pemilihan gear, penggunaan throttle minyak perlu betul dan tepat untuk mendapatkan momentum yang tepat. Momentum kenderaan perlulah sesuai pada ketika dan saatnya dan ianya ditunjukan pada RPM meter kita.

kami kongsikan beberapa tip-tip yang sering kami gunakan ketika menghadapi situasi sebegini :

  • Perhatikan permukaan jalan yang hendak dilalui sama kasar, berbatu-batu atau tidak rata atau bercerun tinggi, sekiranya demikian maka gear yang sesuai digunakan adalah gear 1 dalam mode 4L, pandu dengan momentum yang betul (RPM atas 2000) supaya tidak terlalu laju untuk mengelakkan kenderaan dari melantun, sebaik-baiknya tekanan angin di dalam tayar tidak terlalu tinggi
  • Tetapi sekiranya permukaan jalan licin serta bercerun tinggi, maka gear yang sesuai adalah gear 2 atau 3 dalam mode 4L, pastikan momentum kenderaan 
  • Sekiranya permukaan jalan berlubang-lubang atau ada longkang bekas laluan air ataupun longkang bekas laluan tayar (Rut), maka cara yang selamat ialah memandu dengan tayar memasuki rut dalam gear 1 mode 4L, tetapi pastikan kenderaan kita cukup tinggi agar axle tidak tersangkut pada tanah, kalau tidak kenderaan kita akan tersangkut dan tergantung
  • Jangan memandu dengan kedudukkan ibu jari mencengkam stereng. Stereng kemungkinan berputar laju dan membidas apabila tayar  melanggar batu atau lubang/rut dalam, kecederaan boleh berlaku.
  • Hindari tukar gear ketika mendaki.
  • Pandu dengan mengekalkan momentum dan pastikan suhu kenderaan tidak terlalu tinggi (over heating).

Teknik ini adalah berdasarkan pengalaman kami dan boleh ditambah baik dan mungkin juga ada teknik yang lebih baik.

Namun setiap teknik adalah berdasarkan situasi dan kondisi jalan pada keadaan sebenar dan ianya mungkin berbeza.

ENJOY RIDE AND DRIVE SAFELY !

Like this post please share :