previous arrow
next arrow
Slider

COMMUNITY SERVICE RESPONSIBILITY PROGRAM

Bersama Masyarakat Orang Asli

CSR PROGRAM BERSAMA ORANG ASLI

Blackwind Adventure Team (B.A.T) telah bekerjasama dengan PERKIM Malaysia, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pejabat Ugama Islam Kuala Lipis,  Kelab PERKIM KUIS dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam Program Kembara DAIE 5.

Antara lain tujuan kembara DAIE 5 ini adalah menyampaikan bantuan kemanusiaan di samping menjalankan dakwah kepada masyarakat Islam orang asli di Pos Senderut, Kuala Lipis Pahang. Antara program yang di aturkan bersama-sama masyarakat orang asli di sini adalah seperti ceramah agama, sukan neka dan perlawanan sepak takraw.

Program bermula dari Masjid Jln Duta, KL pada pukul 10.30 malam, pasukan konvoi yang terdiri dari 8 buah 4×4 bergerak menuju ke Raub Pahang di mana di sana kami terpaksa bermalam di Masjid Jamek Raub sebelum keesokan paginya bergerak menuju ke Pos Senderut yang mengambil masa 30 ke 40 minit dari bandar Raub.

Kami sampai di jalan masuk ke Pos Senderut dan di sana sebuah kenderaan 4×4 milik pegawai Jabatan Agama Islam Cameron telah sedia menanti untuk bersama-sama kami ke Pos Senderut. Konvoi terpaksa mengharungi cabaran perjalanan off road sejauh 40 km dengan menaiki kenderaan 4×4 dan dengan kekuatan seramai 47 orang, perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4-5 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Akhirnya pada pukul 4 pm kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamatnya walaupun salah sebuah kenderaan pasukan telah terbalik tetapi tiada sebarang kecederaan yang di alami.

Kami telah berkampung di Pos Senderut selama 2 malam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada hari ke-3 dan program ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang telah bertungkus lumus demi untuk menjayakan program ini.

Syabas dan Tahniah Semua!

Kenderaan Konvoi Terbalik
Barangan Sumbangan
Persiapan Acara Suka Neka
Like this post please share :