4x4 REAL CHALLENGE TEAM BUILDING

4WD TEAM BUILDING

Team Building adalah satu proses yang dilakukan oleh sekumpulan orang yang berusaha secara berkumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Pelbagai kaedah atau cara boleh dilakukan samada melalui latihan rundingan/interaksi semulajadi secara berkumpulan.

Program “4×4 Real Challenge Team Building “ disusun dengan pendekatan 4×4 adventure. Program yang berbentuk santai tetapi berunsur pendidikan ini dapat membantu peserta untuk lebih memahami setiap pelajaran yang diajar dengan lebih efektif.

Melalui 4×4 Real Challenge Team Building ini setiap peserta akan didedahkan kepada kerja berpasukan secara langsung (live) dimana peserta diperlukan untuk memberi tumpuan dan konsentrasi yang penuh dalam mengharungi cabaran perjalanan offroad dengan kenderaan 4×4.

Kenderaan 4×4 yang digunapakai dalam program ini telah diubahsuai agar mampu mengharungi halangan-halangan perjalanan off road seperti mendaki, laluan berlumpur, menyeberangi sungai, laluan berbatu dan bermacam-macam lagi rintangan semula jadi. Pengubahsuaian keatas enjin, struktur kenderaan, tayar dan serta bantuan alat sokongan amat perlu terutamanya pada ketika aktiviti pemulihan kenderaan di lakukan dalam suasana perjalanan off road yang ekstrem.

Dalam perjalanan Off road pastinya ada halangan semulajadi yang akan menjejaskan perjalanan ke destinasi seperti kemungkinan kenderaan 4×4 tersangkut dalam laluan berlumpur atau terkandas ketika menyeberangi sungai dan bermacam-macam lagi rintangan. Semua ini menuntut setiap ahli pasukan untuk bekerjasama sesama mereka untuk memastikan perjalanan pasukan berjalan dengan lancar untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Di sinilah peranan setiap ahli pasukan diperlukan.

Para peserta harus bekerjasama, bersifat setia kawan, berjiwa kental, menggunakan ilmu yang diperolehi secara tepat, menguasai cara berkomunikasi yang betul, memberi dan mematuhi arahan, melaksanakan keputusan terbaik melalui perbincangan, memahami erti ‘selamat’, dan bersikap tidak putus asa dalam melepasi kemungkinan halangan yang di tempuhi oleh pasukan.

Pengalaman yang dilalui oleh setiap peserta menjadi kenangan dan pengajaran berharga kepada mereka bahkan dapat mendidik akan peri pentingnya kerja dalam pasukan untuk memastikan matlamat sesebuah kumpulan itu tercapai.

Manfaat Kursus

  1. Mengetahui cara komunikasi yang lebih berkesan di dalam sesebuah pasukan
  2. Membina dan memupuk semangat setiakawan, saling percaya dan kejujuran dalam sesebuah pasukan.
  3. Membina kemahiran yang diperlukan untuk melahirkan individu yang mempunyai jati diri, kuat mentalnya dan tidak mudah putus asa
  4. Mendedahkan peserta kepada kaedah membuat keputusan yang tepat berdasarkan kepada ilmu dan penelitian
  5. Mendidik peserta akan peri perlunya motivasi dalam sebuah pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan
  6. Mengenali kemampuan dan keyakinan diri

Kelebihan Program 4×4 Real Challenge Team Building

  1. Program ini dijalankan secara santai tetapi berinformasi dan bermanfaat
  2. Membina pasukan secara “live”
  3. Peserta lebih fokus kepada kandungan program disebabkan program ini dijalankan dalam suasana hutan yang jauh dari gangguan
  4. Peserta mempelajari sendiri keberkesanan kerjasama dalam pasukan bukan hanya secara teori sahaja tetapi secara praktikal
  5. Mengalami sendiri kehidupan dan survival dalam keadaan sukar dan serba kekurangan
  6. Mengenali dan mengukur kemampuan individu dan pasukan secara berdasarkan halangan dan cabaran yang dilalui


Like this post please share :