ads-4x4-tb-program
ads-4x4training
ads-basic-vehicle-maintenance
ads2-tb-program-1200x500
previous arrow
next arrow

TEAM BUILDING PROGRAM

TEAM BUILDING PROGRAM  

Kursus ini direka dengan modul-modul untuk membantu warga organisasi di semua peringkat dalam meningkatkan disiplin, adab sesama rakan sekerja hormat menghormati, jati diri dalam membentuk sebuah pasukan yang kukuh kearah imej organisasi yang ceria, bergaya dan penuh keyakinan. Warga kerja yang ceria, beradab, saling hormat menghormati dan berkeyakinan adalah asas kepada  pembentukan organisasi yang kukuh dan cemerlang.

Pendahuluan

Bagi merealisasikan sebuah kumpulan kerja yang berdaya maju sebagaimana yang digagaskan oleh sesebuah organisasi, adalah penting bagi setiap WARGA KERJA yang terlibat diransang mindanya ke arah tahap kesedaran yang lebih tinggi terhadap tanggungjawab kerja mereka sebelum dapat membentuk kumpulan yang cemerlang.

Ini kerana, imej sesebuah jabatan atau organisasi banyak ditentukan oleh warganya. Selain keterampilan fizikal, cara bekerja, keyakinan diri, dan kemampuan berinteraksi dan memuaskan pelanggan memainkan peranan penting dalam mencorak imej sesebuah organisasi. Jati diri yang mantap dan meyakinkan ini bermula dari diri warga kerja tersebut.

Manfaat Kursus

Di akhir program ini peserta akan:

  1. Bersedia untuk menghadapi cabaran disamping meneroka kemampuan dan kebolehan diri
  2. Memupuk rasa tanggung jawab, hormat menghormati dan sayang sebagai sebuah kumpulan di dalam organisasi
  3. Membina individu didalam pasukan yang bersedia untuk berubah untuk menjadikan organisasi agar lebih efisien
  4. Membentuk warga kerja yang berdisiplin, berintegriti kearah budaya kerja yang cemerlang
  5. Melakukan watak pemimpin yang berinspirasi dan memahami peranan seorang pengikut
  6. Membentuk pasukan dinamik, bersatu dan berdaya saing
  7. Meningkatkan kebolehan komunikasi
  8. Meningkatkan motivasi diri sambil mempelajari teknik mengurangkan stress

Kaedah Pengajaran

Peserta akan dibimbing, dilatih dan digalakkan untuk mempelajari kaedah-kaedah tersendiri (self discovery).

Penekanan akan diberi kepada aktiviti peserta, di mana pelbagai aktiviti persendirian dan berkumpulan akan diadakan. Peserta juga akan dapat memberi dan berkongsi pendapat dan disamping itu melaksanakan pendapat tersebut.

Di mana bersesuaian, aktiviti yang akan diadakan termasuklah ceramah pendek, perbincangan dalam kumpulan, persembahan persendirian/berkumpulan, tontonan klip video, lakonan, aktiviti dalaman/luaran dan kajian kes.

Like this post please share :