KURSUS PENYELENGGARAAN KENDERAAN (BASIC VEHICLE MAINTENANCE COURSE)

PENGENALAN

Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada asas penyelenggaraan kenderaan kepada setiap pemandu kenderaan agar kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di samping mengajar tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menjaga kenderaan agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

MANFAAT KURSUS :

  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada setiap peserta dalam melaksanakan tugasan agar menjadi lebih efisien;
  2. Meningkatkan produktiviti pekerja seterusnya membantu kepada peningkatan produktiviti organisasi;
  3. Mengurangkan kos penyelenggaraan hasil dari langkah pencegahan awal;
  4. Mengekalkan dan membaiki kenderaan untuk memastikan operasi organisasi berada pada pada tahap yang optimum;
  5. Meningkatkan mutu pengurusan aset yang lebih baik dalam memastikan setiap kenderaan dapat beroperasi dalam keadaan yang selamat dipandu dan mampu melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan pada saat ia diperlukan
  6. Memastikan kenderaan dan prosedur penyelenggaraan memenuhi aturan yang telah ditetapkan bagi menjamin serta melindungi kesihatan dan kebajikan pekerja.

PAKEJ KURSUS

  • Minima 1 hari ATAU Maksima 2 hari 
  • Teori dan praktikal
  • Min Pax : 20 & Max Pax : 50

ANTARA KANDUNGAN KURSUS

 SISTEM ENJIN

  • Mengenal pasti komponen utama enjin
  • Mengenal pasti punca-punca utama kerosakan enjin dan penyelenggaraan kenderaan seperti Jadual servis berkala

SISTEM BAHAN API

  • Mengenalpasti komponen
  • Mengenalpasti punca kerosakan setiap komponen
  • Fungsi dan tujuan setiap komponen

DASHBOARD WARNING INDICATOR

  • Sistem Tanda Isyarat pada Dashboard
  • Tanda amaran pada dashboard
  • Lambang tanda amaran
  • Warna pada lambang
  • Fungsi setiap lambang isyarat

SISTEM TAYAR

  • Jenis-jenis tayar
  • Index tayar
  • Beban tayar
  • Kelajuan tayar
  • Pusingan tayar
  • Penjagaan tayar dan penjajaran tayar

SISTEM GANTUNGAN/SUSPENSI

  • Jenis-jenis sistem gantungan
  • Kebaikan dan keburukan jenis sistem gantungan
  • Mengenalpasti punca kerosakan.
  • Kaedah menguji sistem gantungan

SISTEM STERENG

  • Jenis-jenis sistem stereng
  • Kebaikan dan keburukan setiap sistem stereng.
  • Mengesan kerosakan pada sistem stereng.
  • Stering pre-ply

SISTEM BREK

  • Jenis-jenis sistem brek.
  • Perbezaan antara brek disk dan brek drum
  • Nama-nama komponen sistem brek.
  • Kerosakan yang biasa pada sistem brek
  • Minyak brek
  • Menjujuh sistem brek


Close Menu
Message Us on WhatsApp